INSTEDT'S LOGO

Popular posts

LINKIES

Hits

Search

FEATURED VIDEO

Your Text Here where is the pict Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption

Join Us on Facebook

Blogger templates

More quizzes on pollsb.com
Powered by Blogger.

Followers

Search This Blog

Featured

JSK-INSTEDT On Friday 30 March 2012

KLIK GAMBAR UNTUK INFO DAN BORANG PENYERTAAN

Peluang keemasan dan juga cabaran buat warga INSTEDT yang kreatif !!!

KPT menganjurkan pertandingan reka bentuk iklan pemilihan IPTS. KPT dah hantar surat jemputan kepada warga INSTEDT untuk menyertai, tunggu apa lagi? Daftar sekarang.

Info:

Pelajar boleh minta pandangan daripada pensyarah-pensyarah, malah boleh berjumpa juga dengan mana-mana pensyarah Jabatan Sains Komputer untuk pandangan.

Dan mana-mana pelajar yang ingin menyertai pertandingan, sila menghubungi Ketua Jabatan masing-masing.



SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1       Mestilah pelajar IPTS warganegara Malaysia dan berusia 18 tahun ke atas pada
tarikh tutup pertandingan ini.
2.2       Rekabentuk iklan :
2.2.1.1 Versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (reka bentuk yang sama)
2.2.2 Bertemakan "Meneraju Kegemilangan Ilmu"
2.2.3 Menggunakan teknik grafik berkomputer
2.2.4 Bebas menggunakan sebarang medium warna (merah adalah warna
         WAJIB)
2.2.5 WAJIB mengandungi Logo Kementerian Pengajian Tinggi (dominan)
2.3       Rujuk  LAMPIRAN 1 bagi maklumat Butiran yang  WAJIB dimasukkan dalam
rekabentuk . Ayat boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing selagi maksud
sebenar ayat tidak berubah.
2.4       Borang penyertaan perlu dilampirkan bersama cetakan rekabentuk iklan bersaiz A3 dan ‘softcopy’ di dalam CD dalam format AI, JPEG & PDF (Versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).
2.5       Semua penyertaan hendaklah  DISAHKAN terlebih dahulu dengan cop rasmi
institusi.
2.6       Peserta boleh menghantar satu penyertaan dan layak memenangi satu hadiah
utama sahaja.
2.7       Karya yang di hantar mestilah  ASLI tidak diambil atau diubahsuai dari hasil kerja orang lain, belum menyertai apa-apa pertandingan atau disiarkan dalam manamana penerbitan.
2.8       Semua penyertaan akan menjadi hak milik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan penganjur berhak untuk menyimpan, mencetak dan menerbitkan semula manamana karya.
2.9       Bukti penghantaran bukanlah bermaksud bukti penerimaan.
2.10     Kemenangan boleh dibatalkan sekiranya peserta didapati melanggar syarat 
pertandingan.
2.11     Keputusan hakim adalah muktamad.
2.12     Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon dan surat.
2.13     Tarikh tutup penyertaan ialah pada jam  4.30 petang, 20 April 2012 (Jumaat).
Penyertaan yang lewat tidak akan diterima.

3 HADIAH

Hadiah disediakan seperti berikut:
Hadiah Pertama RM3,500 + Sijil Penghargaan
Hadiah Kedua RM1,500 + Sijil Penghargaan
Hadiah Ketiga RM1,000 + Sijil Penghargaan
Tempat ke 4 hingga 10 RM500 + Sijil Penghargaan

Pemilihan iklan adalah berdasarkan kriteria berikut;
Keaslian
Keberkesanan
Kreativiti

4 CARA PENGHANTARAN PENYERTAAN

4.1 Penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :
URUSETIA
PERTANDINGAN REKA BENTUK IKLAN PEMILIHAN IPTS
ARAS BAWAH, KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 5, NO. 2, MENARA 2,
JALAN P5/6, PRESINT 5,
62200 W.P. PUTRAJAYA.

Sebarang pertanyaan/ maklumat lanjut sila hubungi Urusetia Pertandingan Reka
Bentuk Iklan IPTS di talian 03-88706799 (Pn. Nur Hasni binti Marzuki) atau 03-
88706986 (Pn. Siti Norhidayati binti Kamsari).



MEMILIH IPTS TERBAIK : PILIH DENGAN BIJAK!

Memilih tempat untuk melanjutkan pelajaran bukanlah satu perkara mudah. Pelajar digalakkan supaya melawat IPTS tersebut terlebih dahulu. Jangan terpengaruh dengan tawaran dan iklan-iklan yang disiarkan (pinjaman wang, biasiswa, pemberian computer riba secara percuma dan sebagainya). Semak dan fahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh IPTS tersebut.

Senarai semak untuk memilih IPTS yang terbaik :

        IPTS berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi
        Program / kursus masih sah laku (valid)
        Program / kursus telah diakreditasi (maklumat boleh disemak di laman web MQA)
        Yuran yang  diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (Semak Polisi Pemulangan Yuran)
        Kemudahan dan infrastruktur yang sempurna
        Program / kursus diiktiraf oleh JPA (maklumat boleh disemak dilaman web JPA)
        Disenarai dalam SETARA ’09 RATING (Untuk Kolej Universiti dan Universiti Sahaja)
        Disenarai dalam MyQUEST 2010/2011 (untuk kolej sahaja)

Pesanan ini dibawa oleh Kementerian Pengajian Tinggi
Panduan pemilihan IPTS ini boleh dimuat turun dari laman web http://jpt.mohe.gov.my

  

THE RIGHT IPTS : CHOOSE WISELY!

Choosing the right place to further your studies is not an easy task. Students are encouraged to visit the IPTS before accepting the offer from the respective IPTS. Do not influenced by advertisements (study loan, scholarship, free laptop, etc). Check and understand all the terms and conditions set by the IPTS.

Checklist in choosing the right IPTS :
         IPTS is registered with Ministry of Higher Education
         Programme / course is valid
         Programme / course is accredited (Information is available in MQA’s website)
         Fee is approved by MOHE (Check the fee refund policy)
         Adequate facilities and infrastructure
         Programme / course recognized by JPA (Information is available in JPA’s website)
         Listed in SETARA ’09 RATING (for Universiti College and University only)
         Listed in MyQUEST 2010/2011 ( for College only)


The message is brought to you by the Ministry of higher Education
The guideline in choosing the best IPTS can be downloaded from the website http://jpt.mohe.gov.my

TARIKH TUTUP: 20 APRIL 2012 (JUMAAT) JAM 04:30 PETANG


GO INSTEDT!!!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Mental Workout